Saturday, January 1, 2011

Sun Moon Lake

Sun Moon Lake ialah tasek terbesar di Taiwan. Kawasan ini dihuni oleh kaum Thao iaitu satu daripada kaum asli Taiwan. Terdapat sebuah pulau kecil di Tasek Sun Moon. Kawasan timur tasik ini merupai matahari sementara kawasan baratnya merupai bulan .Maka ianya dipanggil Tasik Matahari dan bulan;Sun Moon Lake



















Gambar nie copy daripada gambar kat papan iklan

Yang nie pun sama





Hotel nie lawak sikit... panjang dan ramping

Wednesday, November 24, 2010

How to get information from others

Chances are people you meet Taiwan won't be able to converse in English. While this is an inconvinence do not let it put you off. Taiwan has a lot to offer. However there are places where you most probably can find English speaking people;
  1. Your hotel; the more stars it have the more English speaking staf you will find. Treat them as your gateway to Taiwan. You can get a lot of information from them such as; how to get to anywhere, where to exchange your currency, where to do your shoping, where not to go ect.Remember you can get your Taiwan maps here. They also help write down the name of places i wanted to go in Chinese that i can bring everywhere.
  2. Big shopping complexs usually employ beautiful girls to serve in the information booth usually situated at ground level. They are very helpful and will probably be able to answer some of your questions.
  3. The staf at most MRT/LRT stations will most probably be able to speak at least basic English.
  4.  Most salesperson at shopping complexs will be able to speak basic English.
  5. At the very least when buying at night markets, the calculator cuts through all language  barrier with numbers that both side can key in




Saturday, November 20, 2010

Pantai menghadap Lautan Pacific


Beberapa gambar kawasan pantai yang mengadap Lautan Pacific
dari Tai-tung ke Hua-lien



Komen komen akan ditambah kemudian










Friday, November 19, 2010

Taipei pictures


dalam teksi... TV sentiasa on, peta (GPS), atas peta GPS tu ada monitor yang tunjuk pemandangan sama seperti cermin sisi, ada dua lagi monitor yang tunjuk maklumat yang saya tak jelas


Kat backgroung, Bangunan 101, dulu paling tinggi dalam dunia sekarang nombor dua, dulu lif nya juga paling pantas dalam dunia ... rasanya masih.



Bangunan 101 nie yang kedua tertinggi di dunia


Dressing yang agak biasa bagi gadis gadis 

Anjing memang kegemaran kat sini... nampaknya mcm sangat disayangi

Kat mana mana akan jumpa mereka... yang lebih kecil tu didukung merata rata
Beza dengaan di Korea, kawan yang datang sekali dia cakap baru balik Korea,
kata belia semasa ronda ronda termasuk satu  lorong 
nampak banyak anjing dan kucing siap dalam sangkar.
Pelanggan datang pilih nak yang mana, penjual ambil dan terus masukan sangkar tu bersama binatangnya dalam air yang sedang mendidih ( hidup hidup) menjerit jerit le anjing /kucing tu... pastu potong kepala, buang kulit.... potong-potong badannya dan siap hidang ...plus ada sosnya


Taipeh.... senario malam

Beberapa perkara yang saya perhatikan

  1. Pemandu berada disebelah kiri. Kalau dimalaysia disebelah kanan. Jalan pun arah yang bertentangan berbanding dengan kita. Ikut arah dan cara USA.
  2. Harga macam tak boleh tawar. Kalau dipasar malam tu.. sama ada tak  boleh tawar langsung atau kalau dia turun harga tu kira dah paling kurang dah.
  3. Dikatakan sebagai kawasan wi fi yang paling 'dense' didunia tapi kat hotel kami tu cas sebanyak NT$300 untuk internet 1 hari. Jadi jika anda perlu masuk dunia siber semak dulu kemudahan yang ada dihotel anda. 
  4. Kebanyakan pemandu teksi, pemandu bas dan yang cuci bangunan ialah lelaki yang agak berusia'
  5. Orang tua amat dihormati, ini boleh dilihat bila mereka menaiki LRT, penumpang lain akan segera bangun memberi laluan tempat kepada mereka.Satu ketika semasa saya melintas jalan dihadapan beberapa orang tua, masa itu lampu lintas dah kelip kelip menunjukkan masa lintas dah hampir habis.semasa saya sampai ke tepi jalan signal lintas dah bertukar menjadi merah,dan orang orang tua tadi masih berjalan perlahan dan bersembang-sembang lagi.Saya perhatikan tak sebuah pun kenderaan yang bergerak, baik motosikal atau kereta. biarpun kereta dihujung sebelah sana.Tak ada juga ada bunyi deraman enjin dan sebagainya, Semuanya tenang menanti orang orang tua tersebut sampai ke destinasi mereka.
  6. Tipping kat hotel tak perlu.

Sampai di lapangan terbang

Setelah pasport dicop oleh imigresen Taiwan , dan diberi visa 30 hari. Anda boleh keluar .. satu nasihat. Anda boleh beli kad sim baru di sini. Harganya lebih kurang NT$300 . (nak senang 300 fikir sebagai RM30) . Ada kedai telekom di tingkat 'departure'. Rasanya dia tulis Taiwan Telecom atau .... Telecom. Kalau tak beli masa nie susah nak cari masa kat Taipei nanti.

Pilihan kedua nanti ialah membeli kad telefon. Jangan beli kad benilai NT$100, dapat cakap balik  Malaysia selama 5 minit sahaja. (panggilan ke HP), beli yang NT$300.Dapat rasanya lebih daripada 30 minit.  Kad ini boleh digunakan dibanyak tempat. Selalunya hotel yang agak besar dan dihadapan kedai - kedai 7 eleven yang banyak disana. 

Awas , kita perlu ikut panduan, selalunya selepas dia cakap sikit kita tekan 3 untuk Bahasa Inggeris. Pastu kena masukkan nombor kad yang kita beli. Lepas masuk nombor kad tu kena tekan # , disebut hash.. tapi dalam telefon tu dia sebut perkataan yang ganjil sikit. Tapi maksudnya # le. pastu masukan nombor yang kita nak dail. jadi kalau Malaysia , kalau 013 cuma dail 6013 diikuti dengan nombor yang kita nak diikuti dengan #..

Tapi pada pendapat saya lebih baik beli kad sim, tak payah susah susah cari telefon.

Dari Lapangan Terbang Taoyuan International Airport ini (ada beberapa Lapangan Terbang kat Taiwan nie tapi international Airport dia ada dua iaitu yang saya sampai ni dan satu lagi di Kaohsiung International Airport .Airport yang ke3 ialah Taipei Song Shan Airport.) anda boleh menaiki teksi ke Taipeh dengan kos sebanyak NT$1200.Kalau naik bas lebih murah lebih kurang NT$140, Kereta api , lebih kurang NT$125.


Persediaan ke sana

Saya telah melawat Taiwan daripada 4 November 2010 sehingga 13 November 2010. Tidak seperti lawatan ke negara negara lain rasanya agak susah untuk mendapat maklumat maklumat yang berkaitan seperti yang selalu saya buat sebelum melawat sesuatu negara.

Contohnya kalau anda hendak ke Jepun, anda boleh semak peta dan lakaran lapangan terbang Narita dan tahu hendak keluar melalui pintu mana dan bas nombor berapa yang harus dinaiki. Tapi untuk ke Taiwan ini rasanya macam tak ada ... atau saya yang tak pandai cari. Tapi bila search melalui Google pun tak ada apa apa sangat terutamanya bila nak cari lokasi kedai-kedai makanan islam.  

Jadi satu objektif blog ini ialah untuk memberi maklumat tentang Taiwan dari perspektif lawatan saya dan juga mungkin sebagai panduan kepada diri saya sendiri jika kembali ke sana.


Pertama , bab visa. Setakat ini warga Malaysia yang hendak melawat Taiwan tidak perlu memohon visa. Visa pelawat selama 30 hari akan diberi di Lapangan Terbang di Taiwan. Namun untuk maklumat kalau orang Taiwan ke Malaysia perlu memohon visa lebih awal di negeri mereka sebelum boleh bertolak ke Malaysia. Ini mungkin atas keperluan imigresen di Malaysia atas sebab sebab tertentu. Jadi kalau mereka ikut pendekatan Malaysia , kita pun mungkin kena mohon visa dulu.




Kedua bab duit... Duit Taiwan rasanya disebut NT$ mungkin maksudnya New Taiwan Dollar. Kadar belian yang saya dapt daripada CIMB di LCCT hari saya bertolak ialah RM1.00 dapat NT$11.23 (lebih kurang), anda mungkin boleh dapat kadar yang lebih baik daripada ini pada money changer tapi satu kelebihan CIMB ialah dia beli balik 30% daripada jumlah yang ditukar pada kadar dia jual (promosi - tapi rasanya dah banyak bulan dah...)


Peringatan, kalau bawa Ringgit Malaysia tu tak diterima / tak boleh tukar di hotel ( sekurang kurangnya di Hotel yang saya tinggal) , di bank boleh rasanya. Kad kredit no problem, tapi jangan lupa untuk telefon syarikat kad kredit anda dan maklumkan tarikh pergi dan balik anda.



Satu perkara yang harus diingat, Bahasa Inggeris orang orang Taiwan ini sangat lemah. Yang boleh cakap sangat kurang. Anda cakaplah macam mana pun BI dengan dia, dia akan cakap Cina balik dengan anda... jadi bawa peta, bawa kad hotel. Tunjuk kat mana anda nak pergi di peta itu pada pemandu teksi, dia akan keluarkan kaca mata dia atau kanta pembesar dan akan angguk kalau dia mahu pergi. Last sekali kalau nak balik cepat ke hotel pastikan anda membawa kad hotel bersama anda, dikad itu selalunya ada tulis 'bawa saya balik ke hotel ini.....'


Mungkin masalah paling besar ialah makanan halal. Bersedia untuk membawa makanan sendiri... baca selanjutnya dibawah tajuk makanan nanti....

Akhir sekali bawa kompas dan belajar lihat hala kibat dalam laman laman web muslim. Pada bulan November nie waktu sembahyang masuk lebih kurang 2 jam awal. Zohor masuk 11.30 pagi. Maghrib 5.15ptg. Kalau bangun pukul 6 pagi tu subuh dah lepas dah...