Friday, November 19, 2010

Beberapa perkara yang saya perhatikan

  1. Pemandu berada disebelah kiri. Kalau dimalaysia disebelah kanan. Jalan pun arah yang bertentangan berbanding dengan kita. Ikut arah dan cara USA.
  2. Harga macam tak boleh tawar. Kalau dipasar malam tu.. sama ada tak  boleh tawar langsung atau kalau dia turun harga tu kira dah paling kurang dah.
  3. Dikatakan sebagai kawasan wi fi yang paling 'dense' didunia tapi kat hotel kami tu cas sebanyak NT$300 untuk internet 1 hari. Jadi jika anda perlu masuk dunia siber semak dulu kemudahan yang ada dihotel anda. 
  4. Kebanyakan pemandu teksi, pemandu bas dan yang cuci bangunan ialah lelaki yang agak berusia'
  5. Orang tua amat dihormati, ini boleh dilihat bila mereka menaiki LRT, penumpang lain akan segera bangun memberi laluan tempat kepada mereka.Satu ketika semasa saya melintas jalan dihadapan beberapa orang tua, masa itu lampu lintas dah kelip kelip menunjukkan masa lintas dah hampir habis.semasa saya sampai ke tepi jalan signal lintas dah bertukar menjadi merah,dan orang orang tua tadi masih berjalan perlahan dan bersembang-sembang lagi.Saya perhatikan tak sebuah pun kenderaan yang bergerak, baik motosikal atau kereta. biarpun kereta dihujung sebelah sana.Tak ada juga ada bunyi deraman enjin dan sebagainya, Semuanya tenang menanti orang orang tua tersebut sampai ke destinasi mereka.
  6. Tipping kat hotel tak perlu.

No comments:

Post a Comment