Friday, November 19, 2010

Sampai di lapangan terbang

Setelah pasport dicop oleh imigresen Taiwan , dan diberi visa 30 hari. Anda boleh keluar .. satu nasihat. Anda boleh beli kad sim baru di sini. Harganya lebih kurang NT$300 . (nak senang 300 fikir sebagai RM30) . Ada kedai telekom di tingkat 'departure'. Rasanya dia tulis Taiwan Telecom atau .... Telecom. Kalau tak beli masa nie susah nak cari masa kat Taipei nanti.

Pilihan kedua nanti ialah membeli kad telefon. Jangan beli kad benilai NT$100, dapat cakap balik  Malaysia selama 5 minit sahaja. (panggilan ke HP), beli yang NT$300.Dapat rasanya lebih daripada 30 minit.  Kad ini boleh digunakan dibanyak tempat. Selalunya hotel yang agak besar dan dihadapan kedai - kedai 7 eleven yang banyak disana. 

Awas , kita perlu ikut panduan, selalunya selepas dia cakap sikit kita tekan 3 untuk Bahasa Inggeris. Pastu kena masukkan nombor kad yang kita beli. Lepas masuk nombor kad tu kena tekan # , disebut hash.. tapi dalam telefon tu dia sebut perkataan yang ganjil sikit. Tapi maksudnya # le. pastu masukan nombor yang kita nak dail. jadi kalau Malaysia , kalau 013 cuma dail 6013 diikuti dengan nombor yang kita nak diikuti dengan #..

Tapi pada pendapat saya lebih baik beli kad sim, tak payah susah susah cari telefon.

Dari Lapangan Terbang Taoyuan International Airport ini (ada beberapa Lapangan Terbang kat Taiwan nie tapi international Airport dia ada dua iaitu yang saya sampai ni dan satu lagi di Kaohsiung International Airport .Airport yang ke3 ialah Taipei Song Shan Airport.) anda boleh menaiki teksi ke Taipeh dengan kos sebanyak NT$1200.Kalau naik bas lebih murah lebih kurang NT$140, Kereta api , lebih kurang NT$125.


No comments:

Post a Comment