Friday, November 19, 2010

Persediaan ke sana

Saya telah melawat Taiwan daripada 4 November 2010 sehingga 13 November 2010. Tidak seperti lawatan ke negara negara lain rasanya agak susah untuk mendapat maklumat maklumat yang berkaitan seperti yang selalu saya buat sebelum melawat sesuatu negara.

Contohnya kalau anda hendak ke Jepun, anda boleh semak peta dan lakaran lapangan terbang Narita dan tahu hendak keluar melalui pintu mana dan bas nombor berapa yang harus dinaiki. Tapi untuk ke Taiwan ini rasanya macam tak ada ... atau saya yang tak pandai cari. Tapi bila search melalui Google pun tak ada apa apa sangat terutamanya bila nak cari lokasi kedai-kedai makanan islam.  

Jadi satu objektif blog ini ialah untuk memberi maklumat tentang Taiwan dari perspektif lawatan saya dan juga mungkin sebagai panduan kepada diri saya sendiri jika kembali ke sana.


Pertama , bab visa. Setakat ini warga Malaysia yang hendak melawat Taiwan tidak perlu memohon visa. Visa pelawat selama 30 hari akan diberi di Lapangan Terbang di Taiwan. Namun untuk maklumat kalau orang Taiwan ke Malaysia perlu memohon visa lebih awal di negeri mereka sebelum boleh bertolak ke Malaysia. Ini mungkin atas keperluan imigresen di Malaysia atas sebab sebab tertentu. Jadi kalau mereka ikut pendekatan Malaysia , kita pun mungkin kena mohon visa dulu.




Kedua bab duit... Duit Taiwan rasanya disebut NT$ mungkin maksudnya New Taiwan Dollar. Kadar belian yang saya dapt daripada CIMB di LCCT hari saya bertolak ialah RM1.00 dapat NT$11.23 (lebih kurang), anda mungkin boleh dapat kadar yang lebih baik daripada ini pada money changer tapi satu kelebihan CIMB ialah dia beli balik 30% daripada jumlah yang ditukar pada kadar dia jual (promosi - tapi rasanya dah banyak bulan dah...)


Peringatan, kalau bawa Ringgit Malaysia tu tak diterima / tak boleh tukar di hotel ( sekurang kurangnya di Hotel yang saya tinggal) , di bank boleh rasanya. Kad kredit no problem, tapi jangan lupa untuk telefon syarikat kad kredit anda dan maklumkan tarikh pergi dan balik anda.



Satu perkara yang harus diingat, Bahasa Inggeris orang orang Taiwan ini sangat lemah. Yang boleh cakap sangat kurang. Anda cakaplah macam mana pun BI dengan dia, dia akan cakap Cina balik dengan anda... jadi bawa peta, bawa kad hotel. Tunjuk kat mana anda nak pergi di peta itu pada pemandu teksi, dia akan keluarkan kaca mata dia atau kanta pembesar dan akan angguk kalau dia mahu pergi. Last sekali kalau nak balik cepat ke hotel pastikan anda membawa kad hotel bersama anda, dikad itu selalunya ada tulis 'bawa saya balik ke hotel ini.....'


Mungkin masalah paling besar ialah makanan halal. Bersedia untuk membawa makanan sendiri... baca selanjutnya dibawah tajuk makanan nanti....

Akhir sekali bawa kompas dan belajar lihat hala kibat dalam laman laman web muslim. Pada bulan November nie waktu sembahyang masuk lebih kurang 2 jam awal. Zohor masuk 11.30 pagi. Maghrib 5.15ptg. Kalau bangun pukul 6 pagi tu subuh dah lepas dah...

No comments:

Post a Comment